Hai, salam sejahtera wahai sang pujangga dan sang dara jelita. :)Ini post pertama saya berbahasa ibunda. Bahasa Melayu kita.
Alhamdulillah, ilham dari Allah untuk saya mencoret mengenai seseorang.
Ini coretan hati yang mendalam. Cerita tanpa penghujung. Hanya semata-mata cerita yang menantikan satu titik noktah yang belum pasti *iniayatNOVEL ;)
Seseorang ini aku kenali tidak lama,
Berbulan? Mungkin. Tapi, apakah cerita kami? Hanya kawan., itu sahaja. Alhamdulillah aku bukan wanita yang mudah tertawan. Walau hati berkocak kuat, walau jantung berdebar kencang. Aku cuma manusia biasa yang dipaksa untuk menahan rasa. Mudah aku simpulkan, aku tidak mudah suka. Aku bukan sebarangan wanita yang mudah sahaja bertakhta di mana2 sudut hati sesiapa. Mengenali siapa sebenarnya aku bukan mudah. Kerana isi hati aku ini tersimpan dalam di dalam lubuknya. Hanya orang yang sabar dan faham sahaja yang mengerti apa yg diperkata.
Cerita tentang seseorang bermula,
Aku suka melihat bibir itu tersenyum. Gelak ketawa yang kudengar. Dia baik. Malah bukan sekadar itu sahaja, terlampau lurus untuk mengerti apa itu harapan dan impian. Aku tidak marah. Tidak juga mahu mempertikai. Hidup kita tidak sama. Antara aku dengan dia. Dia mula mengenali aku dengan membenci. Aku tidak sayu, kerana aku tahu orang mengenali aku dengan ketidakpuasaan hati dahulu. Aku sedar siapa aku. Hanya seorang hamba yang diberi nyawa untuk meletakkan senyuman di setiap muka. Itu salah satu matlamat hidup aku kerana aku bukanlah sesiapa.
Masa berlalu,
Pepatah melayu ada berkata,
Aku sedar kami semakin mesra dan mula bertegur sapa. Aku sering berdoa. Andailah dia tidak memudaratkanaku biarlah kami berkawan begitu. Maka kami bersahabat sehingga kini. Aku sering berdebar. Takut andai apa yang terrencana telah direncana lebih hebat oleh Allah. Aku buntu dalam setiap laku. Aku malu andai aku yang mengharap. Aku takut andai prinsip aku hilang kerana SESEORANG itu. Aku pernah jatuh akibat kegoyahan ini dan aku tak mahu ia terjadi lagi. Apabila aku lihat dia memberi tanda-tanda harapan, aku cuba mengingati siapa diri aku ini.
Sebenarnya,
Aku sedar siapa aku. Aku sedar aku tidak mungkin mampu menggapai seseorang itu. Tidak mungkin mampu aku menghancurkan hati seseorang yang lain atas ego aku. Aku faham diri ini hanyalah mengejar sesuatu yang tidak pasti. Aku sepatutnya mengharap sesuatu yang lebih baik dan meninggal perkara yang sia-sia. Tapi, aku tidak pasti bagaimana untuk lari. permasalahan ini bukan dari aku sendiri, ia penuh dengan kompilasi cerita pelbagai pihak yang merumitkan.
Mungkin aku wajar mengundur diri?
Berterus terang agar hati ini tidak lagi rasa dinodai?
Atau berdiam menyeksa mata hati?

AKU AKAN LEPASKAN DIA PERGI.
Itu satu janji. Bantu aku untuk menepati :')
Wassalam.

No comments:
Post a Comment